top of page
Search
  • Writer's pictureChew Sean Thong

8 Jenama Sabun Sertu yang boleh Dibeli di Malaysia

Updated: Jun 23, 2023


(Kredit foto: Getty Images)


Dalam Islam, memastikan diri dan persekitaran berada dalam keadaan suci sebelum menunaikan solat atau aktiviti keagamaan adalah amat penting. Ini termasuk berada dalam keadaan taharah atau dalam kata lain, bersih, yang merupakan aspek penting dalam Islam; ianya dicapai dengan memastikan tiada kekotoran fizikal pada tubuh badan dan kemudian mensucikan diri dengan mengambil wuduk. Sertu merupakan proses menyucikan diri daripada najis mughalazah (najis berat) seperti anjing, khinzir dan seumpama dengannya.


Berdasarkan tahun-tahun yang lepas, terdapat peningkatan jumlah perniagaan tempatan dalam Malaysia yang menghasilkan sabun sertu (juga dikenali sebagai sabun tanah liat) untuk memenuhi keperluan tersebut! Dengan pelbagai jenis sabun, dari cecair, gel dan juga buku, melakukan sertu menjadi lebih mudah! 🧼


Jika anda mencari sabun sertu, anda berada di tempat yang betul! Berikut adalah 8 jenama sabun sertu di Malaysia yang anda boleh cuba~


1) Tahra

(Kredit Foto: Empayar Tahra)


Tempat membeli: Shopee / Lazada


Jenis: Cecair


Harga: Bermula dari RM 24.30


Layanan pelanggan: +011-5914 4115 / +018-258 9618


Laman web: https://www.empayartahra.com/products/


2) Safi

(Kredit Foto: Safi)


Tempat membeli: Watsons / Guardian / Shopee / Lazada


Jenis: Cecair


Harga: Bermula dari RM 11.80


Layanan pelanggan: 1-800-88-8867 (Khidmat Pelanggan) / +603-5631 5588 (Pertanyaan Am)


Laman web: https://safi.com.my/skrub-sertu/



3) Sertwo

(Kredit Foto: Lotus's Malaysia)


Tempat membeli: Shopee / Lazada / Lotus's Malaysia


Jenis: Cecair


Harga: Bermula dari RM 13.19


Layanan pelanggan:+6017 5736 864


Laman web: https://sertwo.my/


4) Taharah

(Kredit Foto: Shopee)


Tempat membeli: Shopee / Lazada / Lotus's Malaysia


Jenis: Sabun Batang


Harga: Bermula dari RM 4.60


E-mel: taharahmalaysia@gmail.com.


Laman web: www.taharah.com.my


5) Clayze Head To Toe Wash

(Kredit Foto: Centaur Global Resources)


Tempat membeli: Shopee / Lazada


Jenis: Cecair


Harga: Bermula dari RM 32


Layanan pelanggan: +6019 311 7635


Laman web: https://centaurglobal.com.my/clayze/


6) Azyma Care

(Kredit Foto: Azyma Care)


Tempat membeli: Shopee / Lazada


Jenis: Cecair (untuk kulit sensitif)


Harga: Bermula dari RM 35


Layanan pelanggan: +6010 555 0647


Laman web: https://www.azymacare.com/?lang=en


7) Ebunda

(Kredit Foto: Shopee)


Tempat membeli: Shopee / Lazada


Jenis: Sabun Batang


Harga: Bermula dari RM 9.90


E-mel: ebundasdn@gmail.com


8) Uniclay

(Kredit Foto: Shopee)


Tempat membeli: Shopee / Lazada


Jenis: Sabun Batang


Harga: Bermula dari RM 5


Hubungi: -


___


Setelah selesai membeli sabun sertu, pastikan anda membaca label dan yakin ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi unsur was-was. Langkah seterusnya adalah memastikan anda menggunakan sabun dengan betul, dan mensucikan kawasan yang terkena najis mughalazah, seperti anjing. 🐶


Walau bagaimanapun, pengguna perlu cakna sebelum membeli sabun sebegini, kerana terdapat jenama yang mungkin menggunakan bahan kimia atau pewangi tiruan yang boleh merosakkan kulit atau mengurangkan keberkesanan sabun tersebut. Jadi, pembeli perlu diingatkan untuk membaca label dan menggunakan sabun dengan betul untuk memastikan proses pembersihan dilakukan dengan betul. 🫧


Jika anda mempunyai mana-mana jenama sabun sertu yang anda rasa kami perlu tahu, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui Instagram atau myforeverdoggo@gmail.com .

29 views0 comments

Comments


bottom of page